Temui pakar kelengkapan rumah kami
Temui pakar IKEA dalam video ini dan lihat cara mereka mencipta ruang yang pintar! Duduk, berehat dan nikmati sambil kami berkongsi petua pakar bagi kelengkapan rumah, reka bentuk pintar dan inspirasi di sebalik tabir daripada IKEA.
Jadikan bilik mandi spa peribadi anda
Nikmati suasana spa dengan lilin wangi, minuman kegemaran anda, jubah mandi yang lembut tersedia di sisi anda dan manjakan diri anda di hari spa dengan mandian air suam.
Peralatan untuk dapur yang lebih lestari
Guna peralatan dapur yang sesuai boleh mengurangkan penggunaan tenaga, menjimatkan masa dan mengekalkan kandungan khasiat makanan.
Memastikan si cilik anda tidur lena
Ketahui cara bagaimana untuk menjamin kualiti tidur si cilik anda
Ketahui rangkaian penyejukan untuk cuaca panas
Ketahui lebih lanjut tentang produk penyejukan yang boleh membantu anda kekal dingin agar anda tidur lena sepanjang malam.
Ketahui cara-cara untuk membaharui wajah bilik tidur anda
Ketahui petua-petua tentang cara untuk memberikan wajah baharu pada bilik tidur anda dan yang paling penting membantu anda tidur lebih lena.
Ketahui tentang 6 elemen yang membantu anda tidur lena
Adakah terdapat hari-hari yang anda rasa tidak begitu menyelesakan apabila anda bangun tidur? Biarkan pakar tidur kami membawa anda melalui 6 elemen tidur yang mewujudkan asas untuk rehat yang secukupnya pada waktu malam.
Tilam dan bantal yang memanfaatkan anda
Adakah anda masih berasa letih walaupun selepas tidur malam yang lama? Kemungkinan anda tidak mendapat keselesaan yang yang anda perlukan. Pakar tidur kami ada untuk memberi panduan bagi memilih tilam dan bantal yang sesuai untuk anda.
Dapur yang cantik tidak seharusnya besar
Bayangkan semula ruang yang anda ada dan realisasikan dapur impian anda. Mempunyai fungsi praktikal yang anda perlukan di dapur kecil untuk memenuhi impian memasak untuk jamuan besar.
Makanan kekal segar sepanjang tahun
Bekas makanan kedap udara boleh guna semula memastikan makanan agar kekal segar dan tahan lebih lama, jadi ia meningkatkan peluang makanan anda dimakan dan tidak dibuang. Jimat masa, tenaga dan air dengan bekas makanan yang sama dihidangkan terus dari peti sejuk selepas dipanaskan.
Ruang kecil untuk keluarga
Ruangan di rumah kecil selalunya harus digunakan untuk pelbagai aktiviti, yang menjadikannya sukar untuk ditentukan. Tetapi dengan perabot yang boleh dilipat, fleksibel, boleh disusun, boleh alih dan boleh naik ke atas, bilik kecil boleh berubah menjadi apa sahaja yang anda perlukan.
Memperhebat interaksi permainan digital anda
Sama ada ia hobi ataupun profesional, permainan digital mengambil masa berjam-jam dan penyediaan yang selesa adalah penting. Adanya kerusi dan meja yang sesuai merupakan satu permulaan yang baik. Seterusnya, bahagikan kawasan anda mengikut fungsi iaitu peragaan, penstoran dan tempat bersantai. Tambahkan pencahayaan suasana untuk tujuan penyerlahan dan boom! Gua buatan anda sudah siap.
Dapur ialah nadi sesebuah kediaman
Ya, dapur anda adalah milik anda sepenuhya, tempat yang anda boleh lakukan apa sahaja yang anda suka seperti makan, bekerja dan memasak.
Di dalam video ini, kami akan berkongsi dengan anda petua aliran kerja di dapur yang anda boleh pertimbangkan bagi meminimumkan pergerakan anda, membantu mewujudkan ruang untuk menyimpan barangan dan agar lebih tersusun serta menjadikan aktiviti seperti makan, bekerja dan memasak di dapur lebih menyeronokkan.
Ruang tamu 24 jam untuk keluarga kecil
Melangkah masuk ke dalam ruang tamu yang bukan sekadar, malah lebih daripada itu sebagai ruang untuk meluangkan masa berkualiti bersama-sama keluarga.
Daripada pelukan hangat di pagi hari dan menonton bersama-sama di sofa yang selesa sehingga kepada aktiviti keluarga di meja makan. Kami tunjukkan anda, menerusi video ini, cara bagaimana keluarga empat orang ini menikmati detik-detik indah bersama-sama pada sepanjang hari Sabtu.
Ruang sosial lagi persendirian untuk keluarga besar
Ini ialah ruang tamu yang sesuai untuk semua peringkat generasi, sama ada untuk bermain, bersosial ataupun bersantai bersama-sama.
Memandangkan ruang komunal dan perkongsian memainkan peranan penting dalam pertemuan keluarga, kami akan menunjukkan kepada anda bagaimana dengan adanya penyelesaian storan yang luas untuk menyimpan mainan, di samping mempamerkan cara-cara peragaan yang menarik bagi menggunakan perabot sementara boleh membantu anda mewujudkan lebih ruang dan keselesaan untuk kunjungan keluarga luas anda itu.
Raikan perbezaan anda
Tinggal bersama-sama tidak bererti anda perlu mengenepikan barangan atau gaya kegemaran anda. Gabungkan personaliti anda dan bahagikan sahaja bilik tidur anda kepada dua.
Pada sebelahnya ada ruang untuk bersolek, dan storan terbuka untuk semua barangan dan pakaian kegemaran. Manakala pada sebelah yang satu lagi, ada katil yang selesa untuk si dia bersandar sambil menggunakan komputer ribanya.
Penggunaan laci anda dengan bijak
Anda tidak perlukan ruang lantai yang besar untuk kawasan persalinan anda, anda hanya perlu dapatkan almari laci yang tinggi. Kemudian tambahkan penyusun atur dalaman di dalam laci untuk memuatkan lebih banyak barang.
Belajar. Main. Ulang
Apabila bermain permainan digital merupakan pilihan masa rehat belajar anda, ada beberapa utama yang anda perlukan untuk menjadikan fungsi ruang anda berganda. Dengan kerusi yang selesa, meja yang luas, aksesori permainan digital dan penyelesai susunan yang sesuai untuk barangan anda, anda sudah boleh mulakan!