Pilihan pembayaran
Di IKEA, kami berpendapat bahawa setiap orang berhak mendapat kediaman yang direka dengan baik dan berfungsi – dan membayarnya tidak sepatutnya sukar. Itulah sebabnya kami mempunyai pelbagai pilihan pembayaran untuk membeli-belah di gedung dan dalam talian, termasuk perkhidmatan pembiayaan apabila anda memerlukan sedikit bantuan tambahan, yang akan anda temui di halaman ini.
Cara membayar di IKEA
Sama ada anda membeli dapur baharu atau hanya karipap IKEA, terdapat banyak pilihan pembayaran. Mana satu yang terbaik untuk anda bergantung pada tempat anda membeli-belah dan barangan yang anda beli.
Membayar di gedung IKEA
Kami menerima semua kad kredit utama. Kami juga menerima wang tunai untuk pembelian di gedung. Tetapi kami tahu bahawa kadangkala, anda memerlukan bantuan untuk merealisasikan impian anda. Itulah sebabnya kami menawarkan perkhidmatan pembiayaan dan kad nilai, seperti IKEA Gift Card, yang boleh anda gunakan semasa membeli-belah di gedung.
Cara pembayaran yang tersedia ada di gedung:
- Tunai
- Kad Debit/Kad Kredit
VISA, Mastercard, Amex - IKEA Gift Card
- Pilihan pembiayaan
Ketahui lebih lanjut mengenai pelan ansuran kami di sini.
Membayar di IKEA.my & applikasi IKEA
Pilihan pembayaran dalam talian kami adalah mudah dan selamat. Kami menerima semua kad kredit utama (VISA, Mastercard dan Amex). Jika anda pemegang kad Maybank, anda boleh memilih perkhidmatan pembiayaan IKEA dengan pelan ansuran dari 6, 12 atau 24 bulan dengan pembelian minimum RM500 untuk melengkapkan pembelian anda.
Cara pembayaran yang tersedia dalam talian:
- Kad Debit/Kad Kredit
VISA, Mastercard, Amex - Perbankan dalam talian FPX
- Pilihan pembiayaan
Ketahui lebih lanjut mengenai pelan ansuran kami di sini.