Cara membeli-belah di IKEA
Terdapat beberapa cara untuk membeli-belah di IKEA. Anda mempunyai pilihan untuk melayari dan membeli dari keselesaan rumah anda sendiri – dan bagi mereka yang memilih untuk tidak membeli-belah dalam talian, kami sentiasa ada karipap menanti anda di gedung IKEA.
Terokai pelbagai pilihan untuk membeli-belah di IKEA dan temui cara bagaimana IKEA boleh memenuhi keperluan anda, sama ada anda ingin membuat pembelian dalam talian, mendapatkan sokongan pelanggan atau merancang rumah idaman anda.
Beli-belah di gedung | Beli-belah di IKEA.my | IKEA gift cards
Membeli-belah dengan mudah di gedung IKEA
Perkara asas
- Tempat letak kereta untuk semua orang dan akses mudah untuk orang kelainan upaya. Pilih gedung anda untuk lebih maklumat bagi fi tempat letak kereta: IKEA Damansara, IKEA Cheras or IKEA Tebrau
- Pensel, kertas, pita pengukur, panduan gedung, katalog, troli dan beg beli-belah, dan troli sorong adalah percuma.
- Restoran dengan menu kanak-kanak dan ruang bermain.
Pandu uji perabot anda
Membeli-belah di gedung IKEA sepatutnya menyenangkan dan telus. Kami mahu anda berasa seperti di rumah sendiri di tetapan ruang kami, jadi silakan duduk, baring, buka sofa katil itu, nyalakan lampu, rasa berat fabrik, angkat pinggan mangkuk dan buka kabinet. Tiada siapa akan ganggu anda dan anda sentiasa boleh minta bantuan.
Bayar pembelian anda
Juruwang kami menerima tunai, kad kredit, kad debit, dan gift card IKEA.
Kami mempunyai pelbagai pilihan pembayaran termasuk perkhidmatan pembiayaan apabila anda memerlukan sedikit bantuan tambahan
Bawa pulang
Kebanyakan perabot IKEA dipek leper supaya anda sendiri boleh bawanya pulang. Jika anda mahu, IKEA boleh aturkan penghantaran ke rumah pada kadar yang berpatutan. Hubungi gedung berdekatan anda atau hubungi kami untuk maklumat.